Thursday, July 26, 2018

       Hari ini 26 Julai 2018 bermulanya Kem Kecemerlangan UPSR 2018. Kem ini diadakan selama dua hari satu malam bertempat di Anees Chalet, Megabang Telipot.
       Seramai 24 orang pelajar terlibat yang terdiri daripada pelajar Tahun 6 dan Tahun 5 serta dua orang pelajar Tahun dari SK Bukit Bayas.
       Beberapa orang fesi dari pelbagai mata pelajaran teras telah dijemput. Mereka terdiri daripada guru-guru pakar dan pemeriksa kertas UPSR dari sekolah-sekolah sekitar Daerah Kuala Nerus.
       Dengan terlaksananya kem ini, diharap dapat memberi pendedahan tentang cara dan teknik menjawab soalan UPSR kepada para peserta.
       Terima kasih dirakamkan kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan kem UPSR kali ini, semoga segala usaha dan penat lelah serta komitmen yang diberikan mendapat keberkatan dan ganjaran daripada Allah jua.


Slot 1: Teknik menjawab Matematik
Fesi : Cikgu Zainuddin bin Mat Zaid


Slot 2: Teknik menjawab Bahasa Melayu Pemahaman
Fesi: Roslini Binti Abeng

       Slot: 3 Teknik menjawab Bahasa Melayu Penulisan
Fesi: Cikgu Salwa Binti Zaharin




Wednesday, July 25, 2018

        Pada 23 Julai 2018, SKPRo telah kehilangan seorang guru iaitu Cikgu Junaidah Binti Yunus @ Junus. Beliau telah berkhidmat di SKPRo hampir 12 tahun, bermula sebagai GSTT iaitu pada tahun 2007. 

        Beliau telah ditukarkan ke SK Padang Kemunting sebagai guru pemulihan. Seluruh warga SKPRo mendoakan agar beliau sentiasa sukses dan berkhidmat dengan lebih cemerlang di tempat baru.


Wednesday, July 18, 2018

       16 Julai 2018 - Sektor Pengurusan Sekolah Rendah JPNT bersama-sama PPD Daerah Kuala Nerus telah mengadakan lawatan ke SKPRo. Lawatan berkenaan adalah bertujuan untuk meninjau dan membimbing pengurusan sekolah dalam memastikan urusan pentadbiran dilaksanakan mengikut standard yang telah ditetapkan. Turut sama dalam lawatan ini adalah En. Azhar Bin Abu Bakar, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, En. Jelani Bin Sulong, PPD Kuala Terengganu. 

       Sempena lawatan ini, Tuan PPD Kuala Nerus, YM Hj. Tg. Azelam Bin Tg. Abdullah telah mengambil peluang berjumpa dengan pelajar-pelajar tahun 6 yang bakal menghadapi UPSR tidak berapa lama lagi. Beliau telah memberi nasihat dan kata-kata perangsang kepada calon UPSR agar melakukan yang terbaik dan berusaha bersungguh serta sentiasa bersedia untuk membuktikan bahawa mereka mampu untuk mencapai keputusan yang terbaik dalam peperiksaan sebenar nanti. 


Tuan PPD Kuala Nerus Memberi motivasi kepada pelajar Tahun 6


Pemeriksaan fail pengurusan oleh pegawai-pegawai dari JPNT


Menikmati hidangan santan durian