Monday, August 13, 2018

Majlis Temu Murni Dan Post-Mortem Percubaan UPSR

           Semalam 13 Ogos, telah diadakan Majlis Temu Murni dan post-mortem ujian percubaan upsr. Majlis tersebut dijalankan di makmal kumputer. Semua ibu bapa pelajar telah hadir dalam majlis tersebut. Ibu bapa telah diberi penerangan tentang pencapaian anak-anak mereka dalam tiga ujian yang telah dijalankan iaitu MPP 2, UKN 2 dan percubaan. Berdasarkan daripada data dan analisa ketiga-tiga ujian berkenaan ibu bapa dapat mengetahui akan kekuatan dan kelemahan anak-anak mereka serta dapat membantu pihak sekolah dalam merangka dan melaksanakan intervensi untuk meningkatkan pencapaian ujian sebenar UPSR nanti.
           Ibu bapa juga didedahkan beberapa aktiviti dan program yang telah dan akan dilaksanakan. Antara aktiviti yang disedang dilaksanakan adalah program nyah "E" yang memberi penumpuan kepada pelajar yang masih lagi memperolehi "E" dalam subjek BI Penulisan.







Saturday, August 11, 2018

         Hari ini 12 Ogos 2018, telah berlangsung majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah, SK Pechah Rotan. Majlis yang diadakan secara sederhana ini turut dihadiri oleh Encik Alias@Idris bin Tahir, Yang Di-Pertua PIBG. Dalam ucapan, beliau telah menceritakan tentang asal usul SK Pecah Rotan yang telah dibina sejak tahun 1948 lagi.
        Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan ini telah dirasmikan oleh En. Azmi Bin Senik, Guru Besar SK Pechah Rotan.
        Beberapa acara telah diselitkan sempena majlis berkenaan antaranya adalah bacaan sajak petriotisma dan berbalas pantun oleh pelajar-pelajar Tahun 4 dan Tahun 6. Di samping itu, penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar Tahun 6 yang telah menunjukkan peningkatan dalam ujian percubaan UPSR turut diadakan.






Wednesday, August 1, 2018

Pemantauan PSS

        30 Julai 2018 - Pemantauan PSS telah dilakukan oleh pegawai teknologi pendidikan BTPN Terengganu. Pemantauan tersebut telah diketuai oleh Tn.Haji Akram @ Amir bin Abd. Majid Penolong Pengarah Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan. Pemantauan ini adalah bertujuan untuk pemarkahan pertandingan Pusat Sumber Sekolah peringkat negeri bagi kategori Sekolah Kurang Murid.
        Turut serta dalam pemantauan ini ialah En. Mohd Abdah bin Ismail, Pegawai Teknologi Pendidikan 1 PKG Mengabang Telipot serta beberapa orang pegawai dari BTPN dan PKG.
        Sempena pemantauan berkenaan para tetamu telah dijamu dengan durian yang merupakan ikon bagi kampung Pechah Rotan.

Sesi semakan fail



Sesi makan durian