Sunday, September 23, 2018

PEPERIKSAAN UPSR 2018

      Peperiksaan UPSR telah pun bermula hari ini 24 hingga 27 September 2018. Seramai 8 orang calon telah menduduki peperiksaan tersebut. Warga SKPRo mengucapkan selamat menduduki peperiksaan, semoga mendapat kejayaan yang cemerlang.


Selamat Menempuh Peperiksaan UPSR 2018!

Bermula hari Isnin, bersamaan tarikh 24 ~ 27 September 2018 ini akan menyaksikan seramai lapan calon UPSR dari SK Pechah Rotan bakal menduduki peperiksaan yang akan berlansung selama empat hari. Setelah bertungkus-lumus selama enam tahun dalam pelajaran kini tibalah masa untuk anak-anak ini mencurahkan usaha dan tawakal dalam peperiksaan yang dinantikan ini.

Tidak dinafikan bahawa debaran dan kegerunan pastinya sama akan dirasai sebagaimana calon-calon di seluruh negara lantaran masing-masing tertunggu-tunggu apakah bentuk soalan yang akan ditempuhi kali ini. 

Memetik sebuah peribahasa yang berbunyi manusia punya asa, Tuhan punya kuasa yang bermaksud manusia hanya mampu berharap sedangkan yang menentukan adalah Tuhan yang dapat berbuat apa saja sekehendak-Nya. 

Biarpun bergunung azimat dan ujian yang telah dilalui dan menjadi bekalan kepada para calon tetapi kita tetaplah manusia yang hanya mampu berusaha dan terus berusaha. Setelah itu nanti Allah jualah yang akan menentukan keputusan yang terbaik buat kita. Namun untuk menyerah tanpa berjuang tidak sekali.

Justeru sama-samalah kita berterusan mendoakan agar calon-calon yang terdiri daripada lima orang murid lelaki dan tiga orang murid perempuan kali ini dikurniakan dengan kemudahan, kesihatan, lapang hati dan fikiran sehingga dapat menempuh peperiksaan dengan sebaik mungkin dan dikurniakan kejayaan yang cemerlang dalam keputusan yang akan diperolehi nanti, amin wa insyaAllah!

Firman Allah s.w.t. :

“Dan katakanlah (wahai Muhammad): “Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Maha Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.” (At-Taubah [9]: 105)



(Barisan murid dari kiri : Amirul, Danish, Nur Haikal, Haziq, Isqandar, Afifah, Jazlina dan Intan)

Saturday, September 22, 2018

SOLAT HAJAT PERDANA PERINGKAT SEKOLAH

      Majlis Solat Hajat Perdana peringkat sekolah sempena peperiksaan UPSR telah diadakan pada 20 September 2018. Majlis ini diadakan di surau sekolah dan disertai oleh guru-guru, ibu bapa dan pelajar-pelajar calon UPSR. 
     Selain daripada aktiviti bacaan yasin dan solat hajat, program pada kali ini diselitkan dengan majlis berbuka puasa sempena 10 Muharam 1440H. Pelbagai juadah disediakan termasuklah pulut kuning dan kuih muih yang disumbangkan oleh para ibu bapa. Selain pelajar-pelajar calon upsr, pelajar-pelajar tahun 5 juga dijemput memeriahkan majlis.



Para tetamu berbuaka puasa



Pelbagai juadah disediakan



Bacaan Yasin



Bacaan Yasin



Bacaan doa oleh Ustaz Ramlan GPK HEM


Ucapan wakil ibu bapa


Ucapan Guru Besar

Sunday, September 16, 2018

Program Rehat Minda Dan Santai-santai

         Program rehat minda dan santai-santai bersama calon-calon UPSR telah diadakan pada 13 September 2018 bertempat di Pantai Rhu Tapai, Setiu. Program yang diadakan pada sebelah petang ini bertujuan untuk memberi ruang kepada calon-calon UPSR dan guru-guru Tahun 6 menghilangkan stress menjelang peperiksaan sebenar UPSR yang akan diadakan pada 24 hingga 27 September ini.
       Semua warga SKPRo terlibat dalam program ini termasuklan semua pekerja swasta dan pengusaha kantin sekolah.
























Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Sekolah

       Sempena menjelangnya tahun baharu hijrah 1440H, SKPRo di bawah Panitia Agama Islam telah mengadakan Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Sekolah pada 13 September 2018 bersamaan 3 Muharam 1440H. Sambutan Maal Hijrah pada tahun ini bertema "Menyantuni Umat Membawa Berkat". Majlis sambutan pada kali ini diadakan secara sederhana tanpa mengadakan perarakan sebagaimana tahun-tahun sebelum ini. Hal ini disebabkan oleh keadaan cuaca yang tidak menentu yang sedang melanda negeri-negeri sebalah pantai timur terutama Negeri Terengganu di samping keadaan kewangan yang agak terbatas. 
       Walaupun diadakan secara sederhana tetapi majlis dapat dilaksanakan dengan meriah. Beberapa aktiviti telah dijalankan, antaranya pertandingan melafaz azan dan iqamat, pertandingan melafaz surat al-Fatihah berserta makna, ceramah Maal Hijrah, dan persembahan nasyid.
       Tahniah dan ucapan terima kasih kepada Panitia Agama Islam serta semua yang terlibat termasuk guru pelatih iaitu Izzat Rifqi bin Roslan dan Asmadi bin Che Mohd Amin yang telah berjaya mengada dan menjayakan majlis dengan lancar dan sempurna.


Ucapan perasmian oleh Guru Besar


Persembahan Nasyid


Ceramah oleh Ustaz Ramlan, GPK HEM


Murid dan guru menyaksikan persembahan



Pertandingan melafaz azan


Monday, September 3, 2018

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH

         Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah telah berlangsung pada hari Khamis 30 Ogos 2018. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya perarakan berbasikal sekitar kawasan kampung, pertandingan basikal berhias, pertandingan pakaian cantik, kuiz online dan pertandingan mewarna Tahap 1. 
         Sambutan pada kali ini menunjukkan sedikit kelainan berbanding tahun-tahun sebelum ini. Hal  ini kerana ia di serikan dengan pertandingan sukan tradisional untuk ibu bapa. Antara pertandingan sukan tradisional yang dipertandingkan adalah pertandingan menganyam ketupat, ketiting bulu ayam dan baling selipar.
         Selain itu, pertunjukan permainan gasing tradisional juga diadakan. Pertunjukan ini dipersembahkan oleh Pasukan Gasing Kampung Pechah Rotan. Yang menariknya, pasukan gasing ini dianggotai oleh golongan anak muda.
         Rata-rata ibu bapa yang menghadiri sambutan ini menyatakan rasa seronok dan berasa gembira kerana diberi peluang melibatkan diri dan berharap aktiviti sebegini diadakan lagi.
         Majlis penutup sambutan dirasmikan oleh Encik Muhd Affan bin Salleh, Pegawai LINUS Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Nerus.


Perarakan basikal


Pertandingan Menganyam Ketupat


Pertandingan ketiting bulu ayam


Kuiz online


Ucapan Perasmian oleh En. Mohd Affan b. Salleh


Penyampaian hadiah


Pakaian cantik


Persembahan koir


Pertandingan basikal cantik