Tidak dinafikan bahawa debaran dan kegerunan pastinya sama akan dirasai sebagaimana calon-calon di seluruh negara lantaran masing-masing tertunggu-tunggu apakah bentuk soalan yang akan ditempuhi kali ini.
Memetik sebuah peribahasa yang berbunyi manusia punya asa, Tuhan punya kuasa yang bermaksud manusia hanya mampu berharap sedangkan yang menentukan adalah Tuhan yang dapat berbuat apa saja sekehendak-Nya.
Biarpun bergunung azimat dan ujian yang telah dilalui dan menjadi bekalan kepada para calon tetapi kita tetaplah manusia yang hanya mampu berusaha dan terus berusaha. Setelah itu nanti Allah jualah yang akan menentukan keputusan yang terbaik buat kita. Namun untuk menyerah tanpa berjuang tidak sekali.
Justeru sama-samalah kita berterusan mendoakan agar calon-calon yang terdiri daripada lima orang murid lelaki dan tiga orang murid perempuan kali ini dikurniakan dengan kemudahan, kesihatan, lapang hati dan fikiran sehingga dapat menempuh peperiksaan dengan sebaik mungkin dan dikurniakan kejayaan yang cemerlang dalam keputusan yang akan diperolehi nanti, amin wa insyaAllah!
Firman Allah s.w.t. :
“Dan katakanlah (wahai Muhammad): “Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Maha Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.” (At-Taubah [9]: 105)
(Barisan murid dari kiri : Amirul, Danish, Nur Haikal, Haziq, Isqandar, Afifah, Jazlina dan Intan)
No comments:
Post a Comment