Kenali SK Pechah Rotan

SEJARAH SEKOLAH
 


          Setelah Jepun meninggalkan Tanah Melayu, penduduk-penduduk Kampung
Pechah Rotan  mulai sedar betapa pentingnya pelajaran.  Oleh itu dengan bantuan  dan sokongan yang kuat dan padu daripada penduduk setempat, sebuah sekolah iaitu bangunan  bangsal telah di dirikan secara bergotong-royong di atas sebidang tanah di tepi bukit pada tahun 1948.
            Bangunan sementara ini berukurang 60 kaki X 20 kaki, bertiangkan kayu tembesu, beratap nipah, berlantaikan tanah, berdinding sekerat dari anak-anak kayu yang kuat, bermeja dan berbangku panjang dari kepingan papan, di atas sebidang tanah di mana tapak ini dijadikan tanah perkuburan sehingga kini.
          Bangunan yang bertahan selama empat tahun ini, dapat menampung buat sementara waktu murid tahun 1 dan tahun 2 yang sekarang ini telah beralih ke tempat sekarang. 




  


PENGASAS SEKOLAH
 


           Dalam suasana hangat orang-orang Melayu menyertai perjuangan “Malaya Union” untukmendapatkan kemerdekaan daripada Inggeris bidang pendidikan turut sama menerima perubahan.
Akhirnya pada tahun 1952 sebuah sekolah tekah didirikan oleh kerajaan di atas sebidang tanahbaru, yang dinamakan Sekolah Kebangsaan Pechah Rotan, iaitu sempena nama kampung ini.
Sekolah ini dibuka pada tanggal 1hb. Oktober, 1952,  di atas sebidang tanah seluas 7.20 ekar (KSB 2454 Lot No. 5195 ) di mukim Batu Rakit.  Ianya telah diasaskan oleh  :
           1.  Ismail b. Haji Mahmud
           2.  Jusoh bin Haji Mahmud
           3.  Embong b. Bilal Mamat
           4.  Iman b. Haji Jusoh    
           5.  Che Hassan b. Che Ismail
          6.  Taib bin Mamat
           Ketika di buka sekolah ini mempunyai 40 orang murid yang hanya terdapat seorang guru mengajar. Beliau juga selaku Guru Besar.  Pada waktu pagi murid di ajar menulis, membaca dan mengira.  Petang pula diajar pelajaran Agama.
            Bangunan yang ada ketika itu ialah sebuah bangunan papan 4 bilik (JKR(p) 454), dua bangunan rumah guru  (JKR(p) 455, JKR(p) 456).  Oleh kerana terletak jauh dari rumah orang, lebih kurang satu (1) kilometer, maka tiada yang berminat untuk mendiami rumah itu dan terbiar menjadi buruk.

PERKEMBANGAN SEKOLAH

           Pertumbuhan penduduk di sekitar kampung ini sangat perlahan, disebabkan kekurangan kemudahan asas.  Dari segi perhubungan penduduk kampung hanya menggunakan lorong-lorong sejauh lebih kurang 3 kilometer, untuk sampai ke jalan raya. Mata pencarian utama penduduknya ialah menoreh getah, bertani dan buruh rendah seperti tukang kebun, jaga dan buruh bandaran.
           
           Sebagai sebuah institusi pendidikan yang serba kekurangan, Sek. Keb. Pechah Rotan di beri perhatian yang wajar oleh pihak berwajib dengan memberi peruntukan untuk memajukan  lagi sekolah yang terpencil ini.
          Pihak sekolah telah membahagi-bahagikan bilik darjah ini.  Di mana bilik tahun 2 dibahagikan dengan bilik sumber, bilik tahun 3 dibahagikan dengan bilik guru, serta satu bilik darjah dijadikan bilik perpustakaan dibahagikan dengan bilik pejabat dan Guru Besar.
           Sehingga tahun 1999, bilangan murid seramai 120 orang dengan 11 orang tenaga pengajar.  Mulai bulan Mac 1989 pihak sekolah telah berjaya membuka 2 kelas agama pada sebelah petang dan sehingga awal tahun 1995  pihak sekolah telah menambah kelas ini  kepada 3 kelas agama dan pada tahun 2007 telah dibuka 4 kelas iaitu dari Tahun 2 hinga 5.   Kelas ini dikendalikan oleh 4 orang tenaga pengajar yang dibiayai oleh Yayasan Islam Terengganu.
          Sekolah ini juga mempunyai dua pekerja am yang bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keindahan sekolah.  Oleh kerana kawasan ini agak luas, untuk diusahakan oleh dua pekerja, jadi bagi memastikan kawasan sekolah bersih dan tidak dipenuhi oleh semak samun, pihak sekolah sering mengadakan gotong-royong dengan meminta kerjasama  pihak ibubapa/penjaga  murid. Sekarang terdapat 6 orang pekerja swasta yang bertugas membersikan sekolah dan 3 orang jaga yang bergilir-gilir menjaga keselamatan sekolah.


Kenali Sekolah Kami

Sekarang marilah kita mengenali serba sedikit pengertian di sebalik logo SK Pechah Rotan. Bak kata pepatah, "tak kenal maka tak cinta", maka diharapkan dengan mengenali maksud yang tersirat dari logo ini, dapatlah menambahkan rasa kasih dan sayang kepada sekolah sendiri.
Bendera SK Pechah Rotan pula terdiri daripada 3 warna  iaitu hijau, kuning dan merah. Ia melambangkan aspirasi sebagaimana berikut :

HIJAU
Bermaksud keseluruhan penduduk di sini bekerja sebagai petani punca sumber pendapatan utama.

KUNING

Bermaksud keagamaan iaitu semua atau keseluruhanpenduduk di sini beragama Islam.

MERAH

Bermaksud sanggup berjuang untuk membangunkan negara walau apa cara sekalipun, terutamanya dengan ilmu pengetahuan dan sikap yang sentiasa ingin maju.




Manakala dari sudut misi dan visi pula, sesuai dengan dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan, maka di sini diperkenalkan Misi dan Visi sekolah.

No comments:

Post a Comment